You are the best Treasure!

Bismillah.
"Baik, hari ini akak mahu someone berkongsi something yang berkaitan dengan kepimpinan. Anyone?" tanyaku kepada adik-adik sekampus.
Tiba-tiba salah seorang dari mereka mengangkat tangan.
Diri tersenyum. Bangga apabila adik itu ingin berkongsi sesuatu.
"Saya nak berkongsi mengenai buku 'Salatus Salatin' kak."
Diri tersenyum. Pengisiannya mantap.
Melihat cara adik itu bercerita, jelas terlihat betapa sejarah itu adalah sesuatu yang amat dicintainya. Kesabarannya dalam menjawab setiap soalan yang ditanya menampakkan lagi bahawa dirinya sudah tenggelam dengan minatnya kepada keindahan sejarah.
Kagum. Diri kagum apabila masih ada anak muda sepertinya yang sangat mencintai sejarah.
Diri bertanya kepada si adik,
"Kenapa Salatus Salatin? Kenapa mesti sejarah sedangkan orang kini lebih menginginkan ilmu sains dan inovasi."
Katanya,
"Sebab untuk mengubah dunia, kita harus melihat kepada sejarah. Itu mengajar kita agar tidak mengulangi kembali kesilapan yang sama."
Subhanallah.
...................................................................................................................................................................
Manusia ini setiap daripadanya punya minat yang berbeza. Ada manusia yang minat kepada sains, tetapi tidak menyukai sastera. Ada yang sebaliknya. Hakikatnya manusia ini berbeza. Saya tak sama seperti kamu. Dan kamu juga berbeza dengan saya.
Meraikan.
Dalam kehidupan ini, kita tidak dapat lari dari MERAIKAN perbezaan antara kita semua. Kita tidak boleh memaksa insan lain untuk menjadi sama seperti diri kita. Hakikatnya kita bukan robot. Kita ada akal. Dan setiap akal itu boleh jadi akan memikirkan perkara yang berbeza. Jadi amat penting untuk kita saling meraikan.
' If you want to be respected, learn to respect others.'
Hidup ini, kita akan selalu memerlukan orang lain dalam hidup kita.
Jadi belajarlah untuk meraikan.
Belajar lah untuk menghargai diri sendiri.
Bukankah Allah telah menjadikan kamu sebaik-baik ciptaan?
Explore yourselves. Because the best treasure to explore is yourselves.
Be yourselves. Because you never know who will fall in love with the person you hide in yourselves in order to be someone else.
Gadis Sneakers

