Ikatan Hati kerana Allah

Bismillah.
Ikatan hati kerana Allah.
Apa yang saya cuba maksudkan dengan ikatan hati tu?
Baik. Ikatan hati kerana Allah itu saya tujukan kepada sebuah perkahwinan.
Perkahwinan = Ikatan dua hati kerana Allah.
Its look simple right? But its not simple as ABC.
Saya sering kali ditanya, mungkin kerana umur yang semakin meningkat membuatkan soalan itu seolah menjadi soalan WAJIB untuk disoal.
Soalannya,
"Bila hang nak kahwin?"
"Hang ni ada calon belum?"
"Hang ni ada planning tak nak kahwin?"
Dan banyak lagi soalan lain. Kadangkala terasa lucu dengan soalan-soalan tersebut.
Bagi diri, perkahwinan itu lebih dari sekadar 'Aku terima nikahnya.' Si suami perlu bersedia untuk menjadi ketua buat seorang wanita yang asing dalam hidupnya. Menjadi Ayah buat bakal anak-anak yang akan diamanahkan Allah untuk mereka.
Bagi si isteri, dirinya juga perlu bersedia untuk hidup bersama seorang lelaki asing yang akan datang dalam hidupnya sebagai seorang suami. Mentaati, melengkapi, menyokong, membantu mendidik dan paling penting menjadi tangga pertama dalam proses mentarbiyyah anak-anak. Mengajar mereka mengenali Allah terlebih dahulu sebelum memperkenalkan mereka kepada yang lainnya.
Jadi siapa kata perkahwinan itu suatu yang mudah?
Perkahwinan tu bukan sekadar keseronokan dunia. Tetapi ia adalah tanggungjawab di dunia yang akan mempengaruhi kehidupan akhirat.
Jadi bagi diri, biarlah masa yang kita ambil untuk melangkah ke gerbang perkahwinan itu lama, asalkan pilihannya tepat. Tepat bukan bermaksud cantik rupa parasnya, yang paling penting baik agamanya. Bukan itu yang dituntut oleh Islam?
:)
Memilih yang terbaik itu mungkin lama. Rintangannya pelbagai. Tetapi jika itu yang terbaik untuk agama kalian,maka pertahankan.
Pernikahan itu antara sunnah terindah yang Allah berikan kepada manusia.
In shaa Allah.
Gadis Sneakers
